Text generator

Tuesday 13 September 2011

Kekangan yang dihadapi oleh guru bagi merealisasikan P&P Bahasa Melayu melalui TMKdan cara mengatasinya.

          Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Intergerasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P  bukan belajar tentang ICT.
Peranan pendidik pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian  dengan perubahan era ICT.
 Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar dianggap penting  dalam memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan dalam pendidikan.
Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan  pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara


. Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi  yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran pendidikan terhadap guru bagaimana pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat  melalui ICT pengawalan dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.
Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran membolehkan:
v  Murid meningkatkan kefahaman dan penguasaan murud dalam pembelajaran
v  Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
v  Murid mengumpul sesuatu maklumat yang diperlukan dalam masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpulkan.
v  Murid mencuba atau melaksanakan uji kaji yang sukar, memerlukan perbelanjaan  yang banyak, mustahil atau berbahaya jika dilakukan dengan cara biasa.
v  Murid meningkatkan  daya kreativiti dan imaginasi mereka.
v  Murid  diberi peluang belajar secara berkesan dengan bimbingan guru secara minimum.
v  Murid meningkatkan kemahiran ICT mereka.
Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian:
v  Penggunaan ICT dalam P&P  perlu dirancang dengan baik atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
v  Guru mesti menggunakan ICT yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P.
v  Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.


Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru-guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan sebagai:
v  Tutorial
v  Aplikasi
v  Penerokaan
v  Komunikasi
Menurut Mohamed Rashid dan Mohd. Nasir (2003) dalam “Kajian Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran” menyatakan bahawa pada abad ke-21 negara menghadapi cabaran dalam dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuan pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.
            Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan.
            Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh para guru dan pelajar dalam penggunaan ICT sewaktu menjalankan P&P antaranya ialah:
a)    Kekangan dalam menghabiskan silibus.
Guru kurang menggunakan komputer dalam P&P kerana guru terpaksa menghabiskan silibus dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.

b)   Sikap Negatif Guru.
Kebanyakan guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1966). Ledakan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan.

c)    Kekurangan kemahiran
Penggunaan IT  yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Namun begitu ,ramai guru yang tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.

d)   Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan.
Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Namun begitu kemudahan ICT yang terdapat di sekolah masa ini adalah tidak seragam.. Ada  meletakkan  komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer di dalam makmal. Ada yang memiliki sambungan kepada internet, ada yang tidak. Kekurangan yang prasarana inilah yang menimbulkan masalah kepda penggunaan ICT.

e)    Jurang ICT dan Digital
Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat, dekonomi, pendapatan,  pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan konstruktif bagi menangani jurang  ICT dan digital yang berlaku , terutama di luar bandar dan d alam kalangan kaum.

f)     Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat. Kelemahan kepimpinan sekolah kurang komited terhadap penggunaa ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan yang berlaku.
 Cara-Cara Mengatasi Masalah.
a)    Kekangan Menghabiskan Silibus
Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, email, program pendidikan yang selaras di peringkat sekolah dan perisian yang perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum . Penggunaan multimedia, khususnya power point dan layar tayang boleh memberi kesan positif kepada perkembangan minat pelajar.
Program pembelajaran disusun dengan sitematik dan dipantau oleh  guru-guru yang  dan berpengalaman dalam bidang IT. Penggunaan ICT dalam pengajaran perlu dirancang dengan baik bukan secara sambil lewa atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum .Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
b)   Sikap Negatif Guru
Pengajaran dan pembelajaran cara lama yang diamalkan harus ditinggalkan oleh guru. Guru seharusnya memikirkan pembelajaran yang dinamik dalam konteks penggunaan ICT di semua peringkat pendidikan bagi membolehkan ICT diadaptasikan dalam budaya pembelajaran.
Persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994).
            Perubahan  sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi cabaran IT dalam  dunia pendidikan. Justeru itu para guru perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas.Guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam kelas.
            Guru   perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital.Guru juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan  kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional.

c)    Kekurangan Kemahiran
Guru harus didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan. Program LADAP di sekolah perlu dilaksanakan dengan baik dan terancang. Ini boleh membawa kepada inovasi   dan pelaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan.
d)   Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
Pihak sekolah perlu memperbaiki infstruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.
e)    Jurang ICT dan Digital
Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar.
f)     Sumber Kewangan yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.

Kesimpulan.
            Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia..Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti projektor LCD, komputer dan persembahan power point.
            Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Walau bagaimanapun jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisien, guru dan pelajar tidak melaksanakan P&P dengan berkesan Oleh itu , prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan guru-guru.
            Seterusnya peranan yang  dimainkan oleh pihak pentadbir dan guru-guru amat penting untuk membawa penggunaan ICT ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada serta semangat, kesungguhan dan iltizam yang tinggi untuk menjayakannya. Penggunaan TMK dalam pengajaran diyakini dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced dan self directed     

TAJUK 15

SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

Pengenalan

Melalui seminar dan pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya msyarakat luar.


Mengadakan seminar


Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.


Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer

i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel

ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar


Kelebihan 

i. Berguna kepada peserta yang terlibat

ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam

iii. Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru


Kekurangan

i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti

ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya

iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan



Mengadakan Pameran

Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.


Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu berbantukan komputer


i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer

ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma

iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

TAJUK 14

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran Dalam P&P
Bahasa Melayu
Pengenalan

Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:

Contoh Jenis Cakera Padat
Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu



Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan
Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
· Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
TATABAHASA
· Cakera latihan tatabahasa

TAJUK 13


Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

Pengenalan
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi bolehdalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Powerpoint.
Power Points
  • Perisian Powerpoints atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.

Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:


(i) Picture, Clipart, Shape, Smart Art, Chart
(ii) Transition dan Animation
(i) Animasi powerpoint yang pertama merangkumi :
Lebih kepada persembahan slide powerpoint sahaja.



( (ii) Animasi powerpoint yang kedua ini merangkumi :
Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint


TAJUK 12


Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Jenis-jenis Alat pengarangan

Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :
  • docs.google.com/



Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:
Aplikasi

· Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui
Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian